Friday, November 25, 2011

saya jahat

saya dah agak yang selama ni awak memang tak percayakan saya. sebab tu awak selalu kata "kita jauh". yang sebenarnya, awak tak percayakan saya. tapi awak nampak, yang saya sayangkan awak. antara faktor awak tak percayakan saya adalah kerana saya ni gadis bandar. saya ada masa silam yang hitam. sampai sekarang saya cuba untuk berubah pun awak masih tak percayakan saya. itu apa yang saya nampak dan saya percaya. bila awak cuba membuat spekulasi awak sendiri tanpa awak tanya keadaan saya sebenar disini. "Agaknya dia kat Club bersama rakan2 lawanya yang lain". ternyata awak tak percayakan saya. awak buat andaian awak sendiri. yang jahat itu semuanya ada pada saya. yang baik itu semua pada dia. kalau saya buat baik sekalipun, awak mesti rasa was-was. padahal awak sikit pun tak ambil tahu hal saya. kalau saya mati sekalipun, awak takkan ambil tahu. betul-betul awak ingin buang saya dari hidup awak. terima kasih atas luka demi luka yang awak beri. terima kasih kerana awak terus mengguris saya diatas luka lama yang belum sembuh. tahu tak betapa pedih rasa sakit itu?

:'(

No comments:

Post a Comment