susahnya saya nak lepaskan awak. saya sayang awak. saya rasa berat sangat hati. tapi saya kena buat juga. untuk kebaikan kita bersama. saya sendiri tak sanggup nak bersedih lagi. saya tak sanggup nak menangis hari-hari lagi. saya tak sanggup terluka bila lihat awak bermesra dengan dia. saya tak sanggup tengok dia panggil awak, 'honey'. sebab apa yang saya tau, awak 'baby' saya. dan bukan 'honey' dia. awak bohong saya semata-mata nak jaga hati saya. tapi awak tak tau, segala kebenaran saya dah tau. cuma nak apa jawapan awak bila saya bertanya tentang dia. ternyata awak bohong saya. awak banyak tipu saya.
sekarang ini yang mahu bukan? awak nak saya jauh dari awak. awak nak saya lupakan awak setelah awak buat saya sayang dan jatuh cinta pada awak. awak sikit pun tak ambil kisah pasal saya. awak tak tanya khabar saya. walaupun saya dah beritahu apa yang buat saya kecil hati dengan awak. lepas tu, awak masih begitu. saya rasa kecewa yang amat. bila awak twit 'rasa itu telah mati'. saya tau itu untuk saya. tapi saya masih paksa diri untuk memujuk awak. berusaha memikat hati awak. tetapi saya tak berjaya. bagi awak, saya ni adalah satu kesalahan besar dalam hidup awak bukan? ya, saya setuju. blame it on me. saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. juga, kalau suatu hari nanti saya mati, minta Kak Hartini maafkan saya. saya amat berdosa dengan dia. kemaafan dia adalah penentu hari pembalasan saya.
terima kasih atas segalanya. saya takkan pernah berhenti menyayangi dan mencintai awak, BoiBoi. :')
No comments:
Post a Comment