Thursday, October 17, 2013

Kalau

Kalau lah aku ada anak lelaki nanti,
Aku nak ajar dia macam mana nak sayang mommy dia.
Aku nak ajar dia macam mana nak hormat papa dia.
Aku nak suruh anak aku sayangkan wanita.
Aunty dia, nenek dia, sepupu dia, dan kawan-kawan dia.
Belajar macam mana nak berkawan.
Berkawan dengan orang tak baik, apa dia perlu ikut dan tidak.
Berkawan dengan orang yang baik-baik, boleh jadikan sebagai rujukan.

Nak tau sejarah hidup mommy? Semua mommy cerita.
Tapi tunggu kau habis sekolah.
Mommy dengan papa bawak kau lepak Hard Rock.
Sambil cerita kisah hidup mommy dengan papa.

Satu je nak.
Belajar lah sayangi wanita.
Tak kisah la kawan atau girlfriend.
Mommy nak kau tau wanita tu hati dia lembut.
Walaupun perangai dia macam jahanam.
Tapi jangan sampai kau mainkan hati wanita.
Mommy terajang muka kau nanti.

Kalau aku ada anak perempuan,
Aku nak ajar dia macam mana nak jadi kuat bila berhadapan dengan lelaki.
Papa dia tau macam mana mommy hadap papa dia dulu.
Suruh papa cerita macam mana mommy nangis macam nak mati.
Nanti papa mesti bagitau macam mana mommy nangis macam kena dera.
Padahal papa dia nak balik kampung je pun.

Tapi jangan ikut apa mommy buat semuanya.
Bergaul lah. Selagi kau mahu. Ikut hati kau.
Kalau dihalang nanti kau buat diam-diam.
Mommy pijak kau nanti.
Nak pergi club, bagitau mommy.
Club mana kau nak pergi.
Jadi apa-apa, papa dan mommy terus terjah kau kat sana.
Polis pun kami sailang sebab nak back up kau nak.

Oh anak-anak mommy dan papa. :)

No comments:

Post a Comment